Tiada kelibat Nadal dalam Terbuka Australia

Tiada kelibat Nadal dalam Terbuka Australia

BINTANG tenis Sepanyol Rafael Nadal menarik diri dari Terbuka Australia 2024 apabila mengalami kecederaan otot seminggu setelah melakukan kemunculan semula selepas berehat selama setahun sebelum ini.

Bagaimanapun, pemain berusia 37 tahun itu yang tidak bermain sejak mengalami kecederaan pinggul pada Terbuka Australia 2023, kembali selepas pembedahan untuk Kejuaraan Antarabangsa Brisbane tetap kekal positif akan kembali semula ke gelanggang.

Dia memenangi dua perlawanan pembukaannya sebelum memerlukan rawatan perubatan menjelang penghujung aksi ketika tewas kepada pemain Australia, Jordan Thompson pada suku akhir.

“Semasa perlawanan terakhir di Brisbane, saya mengalami masalah kecil pada otot yang seperti yang anda tahu membuatkan saya bimbang.

Scroll to Top