Tiada keperluan perkenal kad biru – Subkhiddin

Tiada keperluan perkenal kad biru – Subkhiddin

BEKAS pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Subkhiddin Mohd Salleh berpendapat tiada keperluan untuk memperkenalkan peraturan kad biru di peringkat tertinggi sukan itu.

Beliau berkata, meskipun peraturan itu pernah digunakan di pertandingan rendah khususnya peringkat bawah umur, namun penggunaan kad merah dan kuning dalam sukan bola sepak sudah memadai bagi menghukum pemain yang melakukan kesalahan.

“Saya kurang pasti dengan keberadaan kad biru sama ada ia dapat membantu menjadikan bola sepak lebih kompetitif atau sebaliknya,” katanya kepada Bernama pada Sabtu.

Jumaat lepas, media antarabangsa melaporkan Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB), badan yang bertanggungjawab ke atas undang-undang permainan mencadangkan untuk meluluskan pelaksanaan kad biru sebagai sebahagian daripada percubaan.