Kemelut PAFA selesai, pendaftaran tidak terbatal

Kemelut PAFA selesai, pendaftaran tidak terbatal

Mohd Azhar (dua dari kiri) menerima surat berkaitan rayuan pembatalan pendaftaran PAFA daripada Suhardi (dua dari kanan).

IPOH – Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menarik nafas lega apabila rayuan bagi menghalang pembatalan pendaftaran badan induk bola sepak negeri itu diterima dan diluluskan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Presidennya, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata, perkara itu disahkan menerusi surat Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) bertarikh 9 Februari 2024.

Menurutnya, melalui surat itu, Hannah telah menerima rayuan dan mengekalkan pendaftaran PAFA di bawah Seksyen 21(1) Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) dan keputusan tersebut muktamad.

“Saya bagi pihak Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif PAFA ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih serta setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Hannah di atas kebijaksanaan beliau dalam menyelesaikan isu kepimpinan PAFA.