“Tiada lagi kita..”- Aprena Manrose umum sudah bercerai, cuba bertahan tapi gagal

“Tiada lagi kita..”- Aprena Manrose umum sudah bercerai, cuba bertahan tapi gagal

Pelakon Aprena Manrose mengesahkan dia telah bercerai dengan suaminya, Mohd Afiq Hazman, sekali gus menamatkan teka-teki berhubung status rumah tangga mereka.

Aprena atau nama sebenarnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 32, memaklumkan perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, hari ini.

“Sedih pula bila scroll gambar bersama tetapi hakikatnya kita tidak lagi bersama. Saya bukan lagi isteri kepada Mohd Afiq,” tulisnya.

Aprena Manrose umum sudah bercerai

Menurut Aprena, meskipun tidak berkongsi secara terperinci mengenai tarikh atau punca penceraian, dia reda dengan ketentuan takdir.

“Kalau ada jodoh tak ke mana. Goodbye for now or maybe forever. Saya cuba, bertahan, usaha tapi saya gagal,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin itu turut memohon agar orang ramai mendoakannya kuat menempuh fasa baharu kehidupan selepas berpisah.

“Tiada lagi kita. Terima kasih atas rasa yang diberi. Rasa yang luar biasa. Semoga berbahagia. Saya undur diri dulu.
“Ramai kawan media tanya tentang status saya, ini adalah kenyataan rasmi daripada saya. Doakan saya mengharungi fasa yang baharu ini dengan tenang,” katanya.

Artikel lain: Aprena Manrose faham apa dirasai Janna Nick -“Aku 8 tahun tahan dengan mulut orang”

Sekadar info, Aprena dan Mohd Afiq mendirikan rumah tangga pada tahun 2016. Pasangan itu bagaimanapun belum dikurniakan cahaya mata sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

Sumber: Instagram Aprena Manrose

Scroll to Top