Doha: Ketua perunding Hamas pada Rabu berkata, kumpulan itu “tidak akan memaafkan” penderitaan yang dialami di Gaza semasa perang dengan Israel, selepas perjanjian gencatan senjata dipersetujui.
“Bagi pihak semua mangsa, setiap titisan darah yang tumpah dan setiap air mata kesakitan dan penindasan, kami berkata: Kami tidak akan lupa, dan kami tidak akan memaafkan,” kata Khalil al-Hayya, ahli biro politik dan ketua Hamas cawangan Gaza.
© New Straits Times Press (M) Bhd