‘Tiada rezeki Harimau Malaya’

‘Tiada rezeki Harimau Malaya’

Matthew Davies (kiri) cuba memperdayakan pemain Tajikistan dalam aksi final Pestabola Merdeka pada Selasa. – Foto Facebook FAM

TONGGAK pertahanan negara, Matthew Davies menyifatkan Harimau Malaya sudah melakukan yang terbaik ketika tewas kepada Tajikistan dalam aksi final Pestabola Merdeka di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa.

Menurutnya, skuad negara hanya tidak bernasib baik untuk menang selepas tidak dapat menyempurnakan deretan peluang terhidang untuk menjaringkan gol.

“Kami bukan terlalu yakin, saya rasa kami dah buat yang terbaik dan mendominasi perlawanan malam ini cuma tak ada rezeki untuk gol.

“Kami juga tidak bertuah dan pasukan lawan melakukan serangan balas. Keputusan ini memang mengecewakan, tetapi kami perlu fokus untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia bulan depan,” katanya selepas perlawanan pada Selasa.

Scroll to Top