Tiba Ada Bazar Depan Bangunan Sultan Abdul Samad, Orang Ramai Minta DBKL Pantau

Tiba Ada Bazar Depan Bangunan Sultan Abdul Samad, Orang Ramai Minta DBKL Pantau

Oh! Negara

Bazar Depan Bangunan Sultan Abdul Samad cetus persoalan. Orang ramai minta DBKL pantau sebelum keadaan jadi kebiasaan.


Baru-baru ini tular satu perkongsian yang mempersoalkan kewujudan ‘bazar’ menjelang malam di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad. Namun, penggunaan perkataan bazar itu sebenarnya hanyalah sindiran netizen terhadap kewujudan penjaja yang didakwa berniaga tanpa kebenaran.

Perkara ini menimbulkan tanda tanya kerana kawasan berkenaan merupakan lokasi ikonik dan bersejarah di Kuala Lumpur. Ramai melihat situasi ini tidak sesuai dan berharap isu ‘Bazar’ Depan Bangunan Sultan Abdul Samad ini dipantau sebelum menjadi kebiasaan.

Penjaja cacatkan pemandangan bangunan bersejarah

 7463

Perkongsian yang tular menunjukkan kawasan tersebut dipenuhi gerai pada waktu malam, seolah-olah wujud bazar rasmi. Hakikatnya, netizen mendakwa ia bukan bazar yang diluluskan tetapi penjaja tidak berlesen.

Macam mana tetiba boleh ada bazar menjelang malam depan Bangunan Sultan Abdul Samad ni.- Kata netizen.

Orang ramai turut meluahkan kebimbangan terhadap pemandangan di kawasan itu yang kini kembali dibuka untuk dilawat. Kehadiran penjaja dikatakan boleh mengganggu imej asal kawasan tersebut.

Pemandangan dan bangunan dah lawa dah, tapi kacau pulak dengan perniagaan seperti ini.- Rungut netizen.

Perkara ini mencetuskan perbincangan tentang kepentingan menjaga kawasan bersejarah daripada aktiviti yang tidak terkawal.

Minta pihak berwajib, DBKL ambil tindakan awal

 7462

Netizen juga berharap pemantauan dilakukan lebih awal supaya perkara sama tidak berulang atau menjadi kebiasaan. Mereka mahu tindakan pencegahan dibuat sebelum situasi menjadi lebih sukar dikawal.

Pssttt! Ohmedia harap semua pihak, sama ada peniaga atau pengunjung, hormatilah kawasan bersejarah macam ni. Cari rezeki memang penting, tapi biarlah ikut peraturan supaya imej tempat ikonik terus terjaga.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top