Tidak Lagi Berselindung, Erra Fazira Kongsi Keakraban Bersama Mr. E

Tidak Lagi Berselindung, Erra Fazira Kongsi Keakraban Bersama Mr. E

Penyanyi dan pelakon, Erra Fazira sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas secara terbuka berkongsi keakrabannya bersama jejaka dikenali sebagai Mr. E kepada umum.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Mr, E, Erra dan pengurus selebriti jelita itu dilihat menziarahi rakan mereka yang dikenali sebagai Syam di sebuah pusat perubatan.

Sebelum ini, menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) pelantun lagu Pasrah ini mencuri perhatian ramai yang telah mencetuskan spekulasi mengatakan Erra sudah menemui pengganti.

Erra memuat naik foto yang tidak jelas bersama seorang jejaka yang tidak didedahkan identitinya, selain turut menyifatkan individu itu sebagai lelaki yang mendamaikan.

Susulan itu, memetik laporan Berita Harian, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 51, mengakui dia dan jejaka dalam Instagram Story (IGs) sedang dalam fasa berkenalan.

Bagaimanapun, pelantun lagu Pasrah ini enggan mengulas lebih lanjut kerana bimbang sekiranya pisang berbuah dua kali.

Malah, Mr. E turut mengakui mereka sedang dalam fasa mengenali hati budi masing-masing, namun jejaka yang merupakan seorang ahli perniagaan ini bagaimanapun menjelaskan hubungan mereka buat masa sekarang hanya sekadar berkawan baik.

Artikel Berkaitan: Erra Fazira Beri ‘Hint’ Dah Temui Teman Pengganti? Pengurus Mohon Tunggu Berita Gembira

Artikel Berkaitan: Didakwa Dah Temui ‘Pengganti’, Ini Respons Erra Fazira – “Berilah Peluang, Kami Baru Nak Kenal…”

Artikel Berkaitan: Saling Mengenal Hati Budi & Serasi, Jejaka Dikenali Sebagai Mr E Mengaku Kini Rapat Dengan Erra Fazira

Scroll to Top