Tiga Anggota Polis Ditahan, Didakwa Paksa Seks Dan Peras Ugut Pelajar Wanita

Tiga Anggota Polis Ditahan, Didakwa Paksa Seks Dan Peras Ugut Pelajar Wanita

Oh! Tidak

Wanita dan teman lelakinya ditahan anggota berkenaan di Sentul, Kuala Lumpur.


Kisah mengejutkan berlaku di Sentul Pasar, Kuala Lumpur apabila seorang pelajar wanita mendakwa menjadi mangsa pemerasan dan gangguan seksual sekumpulan anggota polis.

Lapor Harian Metro, kejadian ini tular selepas laporan polis dibuat mangsa dan kini tiga anggota terlibat sudah ditahan untuk siasatan lanjut.

Tiga anggota polis direman 4 hari

Polis

Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, penahanan suspek dibuat di sebuah restoran semalam selepas mangsa membuat laporan rasmi.

Tambahnya, suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Diminta bayar RM10k, paksa buat seks

Lelaki

Menurut laporan yang dibuat, ketika kejadian mangsa bersama teman lelakinya ditahan di Jalan Sentul Pasar oleh kumpulan anggota polis berkenaan.

Mangsa mendakwa diperas dengan bayaran RM10,000 dan turut dipaksa melakukan hubungan seks dengan salah seorang daripada mereka.

Dalam laporan yang sama, mangsa juga mendakwa salah seorang anggota mencabulnya dengan mencubit payudara ketika berbincang mengenai kes itu.

Pssttt! Sebagai anggota yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat, tindakan ini amat mencemarkan imej pasukan polis. Semoga siasatan dijalankan dengan telus dan mangsa mendapat pembelaan sewajarnya.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top