Tiga cabaran menanti skuad takraw negara

Tiga cabaran menanti skuad takraw negara

Aksi pemain negara, Azlan Alias (kiri) ketika berdepan lawan dari Thailand, Varayut Jantarasena (tengah) dalam perlawanan akhir berpasukan lelaki acara sepak takraw Sukan Asia Hangzhou 2022 pada 29 September lalu.

SKUAD takraw negara akan membuat persiapan rapi sebelum menghadapi tiga kejohanan utama tahun depan iaitu Kejohanan Asia, Piala Dunia dan Kejohanan Sepaktakraw Dunia Piala Raja Thai.

Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun berkata, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) telah merangka perancangan untuk memastikan skuad negara mampu tampil cemerlang dalam tiga kejohanan utama itu.

“Kita dah duduk dengan persatuan, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN). Kita sudah rangka untuk perjalanan program tahun depan.

“Kita nak buat ‘test match’ 1 hingga 5 April sebelum pergi Korea Selatan untuk Kejohanan Asia pada hujung April, Piala Dunia pada bulan Mei (Kuala Lumpur) dan Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thai (Bangkok, Thailand) pada Julai,” katanya kepada Sukan Sinar.

Scroll to Top