Tiket Konsert Anuar, Ziana Zain habis dijual

KUALA LUMPUR – Ibarat pisang goreng panas!

Tiket konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 anjuran Trumpet International Sdn Bhd terjual habis dalam tempoh tiga hari sahaja.

Tiket konsert yang berlangsung pada 6 Ogos di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dengan kapasiti 2,900 itu berharga RM288, RM588, RM788, RM988 sehingga RM1,188.

“Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapatkan tiket konsert! Konsert ini mencapai rekod sebagai satu daripada konsert habis terjual oleh penyanyi tempatan dengan jualan tiket terjual sepenuhnya dalam masa tiga sahaja!

“Anuar Zain dan Ziana Zain amat berbesar hati dengan sokongan yang diberikan dengan menjadikan konsert ini sebagai sebuah persembahan ‘full house’. Populariti mereka sebagai penyanyi Malaysia sekali lagi terbukti,” demikian kenyataan penganjur.

Penyanyi, Anuar Zain dan Ziana Zain bergambar bersama selepas sidang media mengenai konsert live di Le Meridien, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 19 MEI 2022.
Penyanyi, Anuar Zain dan Ziana Zain bergambar bersama selepas sidang media mengenai konsert live di Le Meridien, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 19 MEI 2022.

Leave a Comment