Selepas mempunyai sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan, Jep Sepahtu dan Sari Yanti telah dikurniakan seorang lagi bayi lelaki.
Jep Sepahtu telah berkongsi berita gembira itu di ruangan Instagramnya sebentar tadi dengan memaklumkan bahawa isteri tersayang sudah selamat melahirkan anak ketiga mereka.
Dalam pada itu, penyampai radio Sinar FM itu turut mengucapkan kata syukur diatas kurniaan dari Maha Esa yang tidak berbelah bahagi ini.

Susulan daripada itu, Instagram pelawak terkenal tersebut telah dihujani dengan ucapan tahniah daripada warganet yang gembira dengan kelahiran anak ketiga pasangan serasi ini.



Untuk makluman, Jep dan Sari telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Dariya Inara dan dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu Sari Yanti.

Sumber: Jep Sepahtu




