Baru-baru ini, kecoh satu rakaman video berdurasi 38 saat yang memaparkan pertengkaran fizikal antara dua individu dipercayai pelajar dan guru. Dalam video tersebut, kelihatan seorang pelajar bertindak menumbuk pipi seorang guru lelaki di sebuah sekolah menengah.
Susulan insiden itu, satu laporan polis telah dibuat oleh guru berusia 29 tahun yang mendakwa diugut dan dipukul pelajar berkenaan.
Perkembangan terkini, pelajar terbabit sudahpun mengaku bersalah di mahkamah dia dibenarkan ikat jamin RM1,000.
BACA: Pelajar Tingkatan Dua Mengaku Salah Tumbuk Cikgu
Tindakan guru rakam video turut dipersoal?
Isu jadi makin panas bila timbul pula laporan yang mengatakan guru sendiri bersama seorang lagi rakan telah merakam video kejadian tersebut. Ramai pihak melihat tindakan ini sebagai tidak wajar dan hanya memburukkan lagi suasana.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan turut mengulas perkara ini.
Katanya, sekolah perlu mengetatkan peraturan bagi membendung masalah disiplin pelajar, tetapi ia harus dilakukan dengan cara lebih berhemah.
Pastinya ada cara lebih harmonis dan tertib boleh dilakukan termasuk berbincang dengan guru kaunseling, guru disiplin, pihak PIBG dan ahli keluarga selain mendapatkan pandangan pakar serta agamawan.- Katanya.
Didik dengan jiwa besar, bukan kamera…
Tambah beliau lagi, peranan guru bukan sekadar memberi ilmu, tetapi juga mendidik jiwa pelajar. Tindakan rakam dan sebarkan video sebegini katanya boleh “mematikan” semangat dan masa depan pelajar itu sendiri.
Sebagai seorang pendidik, guru perlu berjiwa besar dengan memberi nasihat secara berhemah serta bimbingan sewajarnya yang menyentuh hati nurani pelajar tanpa sebarang tindakan fizikal termasuk mengedar rakaman video.- Tegasnya.
Bukan sekadar menghukum, pendidikan juga perlu menyentuh aspek rohani dan nilai murni. Sekolah sepatutnya jadi tempat yang selamat dan harmoni untuk membentuk sahsiah pelajar.
Penerapan aspek nilai dan rohani perlu dititik beratkan bagi membendung gejala tidak sihat seumpama ini.
Sekolah mesti menjadi tempat selamat dan harmoni untuk mendidik adab dan pekerti pelajar serta mempunyai persekitaran pembelajaran yang baik.- Ujar beliau.
Pssttt! Ohmedia nak ingatkan korang semua, isu macam ni bukan semata-mata salah pelajar atau guru. Kedua-duanya ada tanggungjawab untuk wujudkan suasana saling hormat dan aman dalam sekolah. Kalau ada masalah, jangan terus emosi. Apapun, kita harapkan kejadian ini dapat menjadi pengajaran dan peringatan bermakna.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!






