Tinggalkan Kedah bukan satu kesilapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Kedah: Pertahanan Malaysia, Irfan Zakaria tidak menganggap keputusannya meninggalkan Kedah sebagai satu kesilapan meskipun melepaskan kesempatan beraksi di pentas Asia bagi Piala AFC musim hadapan.

Sebaliknya, pemain berusia 25 tahun itu mengakui situasi semasa tidak membenarkannya kekal di Alor Setar sebelum memilih untuk pulang ke pangkuan Kuala Lumpur.

“Bukan mudah untuk buat keputusan daripada pasukan Kedah. Ia amat berat tetapi atas alasan peribadi, saya terpaksa meninggalkan Kedah. Kita tahu kedudukan pasukan Kedah sementara Kuala Lumpur pula orang tidak pandang tinggi”, katanya.

“Ini salah satu cabaran dalam karier saya untuk kembalikan apa yang perlu dibuat. Saya harap dapat mewakili pasukan kebangsaan dan membantu Kuala Lumpur kekal dalam Liga Super”, katanya lagi kepada wakil Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam pada hari ini.

Irfan memberitahu meskipun di sebalik beberapa tawaran, dia lebih menjurus untuk memperkasakan benteng The City Boys.

“Memang Kuala Lumpur ada buat tawaran, sekarang dalam perbincangan terakhir. Insya-Allah saya akan umumkannya secara rasmi”, tambahnya lagi.

Sumber: Sport Malaya

Akmal Hakim
Sports Desk