Kekal tumpuan

Kuala Lumpur: Persiapan menghadapi aksi Terbuka Thailand di Bangkok harus diteruskan seperti biasa oleh skuad beregu lelaki dan wanita meskipun sebelum ini tersentak dengan ketiadaan tiga jurulatih.

Bagi mereka, perjuangan harus diteruskan seperti biasa walaupun kontrak Rosman Razak, Chin Eei Hui dan Wong Pei Tty yang tidak disambung sedikit mengejutkan mereka.

M Thinaah iaitu pemain beregu wanita negara mengakui aneh dengan cuma ada seorang jurulatih (Chan Chong Ming) setelah ketiadaan Eei Hui dan Pei Tty.

“Kami harus mengorak langkah ke depan. Semua orang harus beri yang terbaik di dalam latihan walau apa pun yang terjadi. Itu yang paling penting sekarang”, katanya semalam.

Menurut Thinaah, dia dan rakan lain tidak sabar mahu beraksi di kejohanan antarabangsa bulan depan setelah sekian lama cuma berlatih dan menghadapi aksi simulasi sesama sendiri.

“Selain teruja, rasa gementar juga menyelubungi. Perasaan sekarang bercampur-baur untuk turun beraksi semula di pentas antarabangsa di Thailand”, katanya.

Dalam pada itu, menurut Aaron Chia, keadaan sedikit terganggu setelah Rosman yang juga jurulatih dalam skuad berkenaan tidak disambung kontrak oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

“Kami tetap fokus kepada diri sendiri walau apa pun yang berlaku dalam skuad. Kami masih ada cukup masa untuk mempersiapkan diri menjelang saingan di Thailand”, katanya yang bergandingan bersama Soh Wooi Yik.

Yonex Terbuka Thailand diadakan dari 12 hingga 17 Januari seterusnya diikuti oleh Toyota Terbuka Thailand pada 19 hingga 24 Januari 2021.

Manakala Jelajah Dunia Akhir BWF 2020 turut diadakan di Bangkok pada 27 hingga hingga 31 Januari depan.

Sumber: HM

Akmal Hakim
Sports Desk