Tiwikarma Diramal Jadi Juara AJL40, Lirik ‘Deep’ Simbolik Solidariti Buat Rakyat Palestin

Tiwikarma Diramal Jadi Juara AJL40, Lirik ‘Deep’ Simbolik Solidariti Buat Rakyat Palestin

Dilihat antara karya yang berpotensi mencuri perhatian di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) Ogos depan, lagu ciptaan Achoi Floor 88, Khaza Reflex, Nicky E, Mya Nana, Sapik Sam ini tampil dengan mesej tersirat.

Menurut Mya Nana, lirik mendalam ini adalah idea daripada Achoi dimana ia menceritakan tentang solidariti terhadap penduduk di bumi Gaza.

“Kekuatan lagu untuk dibawa ke pentas AJL40, untuk lagu Tiwikarma adalah tanda solidariti untuk saudara kita di Gaza.

“Mungkin ramai yang sedikit keliru mendengar liriknya, tapi disebabkan ia ditulis oleh Achoi dia ada ‘kitab’ maksudnya, lirik lagu/wording dia agak mengelirukan dan lagu ini sebenarnya ditujukan kepada saudara kita di Palestin,” katanya.

Mya Nana berkongsi perkara demikian ketika ditemui pada sidang media finalis AJL40 yang diadakan di Glenmarie, baru-baru ini.

Mengulas mengenai harapan KOI menjelang malam berprestij itu nanti, kumpulannya akan merancang untuk memperkukuhkan lagi susunan muzik lagu tersebut sekali gus berharap mesej lagu Tiwikarma dapat disampaikan.

“Harapan, inshaa-Allah kita akan ‘besarkan’ lagi lagu ni dari segi arrangement dan semoga mesej yang kami hendak sampaikan ini didengari sehingga di sana,” jelasnya.

Terdahulu, Tiwikarma antara lagu yang diramal bakal menjadi juara AJL40 apabila peminat menyifatkan lagu tersebut sebagai ‘another level’ dek kerana lirik dan mesej yang hendak disampaikan kepada masyarakat.

 

Scroll to Top