Todak x NSTP di KJH cungkil bakat penggemar e-sukan

Todak x NSTP di KJH cungkil bakat penggemar e-sukan

am@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Penganjuran Todak x NSTP Mari Bah Kita Langgar sempena Karnival Jom Heboh (KJH) Sabah 2024 menyasarkan lebih ramai penglibatan penggemar e-sukan di negeri ini.

Timbalan Pengarang Urusan Kumpulan (DGME) Media Prima, Farrah Naz Abd Karim berkata, pihaknya bersama Todak Fusion menggalakkan pembabitan belia agar bakat mereka dapat dicungkil untuk dibawa ke peringkat lebih tinggi.

“Ia adalah sukan yang sangat sihat seiring kita lihat Malaysia sedang mencipta gelombang di peringkat global.

“Semoga ada bakat-bakat muda baharu dalam e-sukan berasal dari Sabah dapat kita ketengahkan menerusi pertandingan Todak x NSTP Mari Bah Kita Langgar di KJH Sabah ini,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyaksikan pertandingan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) di reruai Todak Fusion, hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Todak Fusion, Mohd Ikmal Fareeq Shamsul Bahri.

Sementara itu, Mohd Ikmal Fareeq berkata, 32 pasukan meliputi 200 pemain berdaftar sebagai peserta dalam acara itu.

Katanya, jumlah itu sesuatu yang menggalakkan, apatah lagi penyertaan hanya dibuka empat hari sebelum penganjuran KJH Sabah.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top