'Toyol' ladang sawit diberkas polis

'Toyol' ladang sawit diberkas polis

am@hmetro.com.my

Jasin: Kegiatan dua lelaki yang aktif mencuri tandan kelapa sawit milik pengusaha kebun pada waktu malam berakhir apabila mereka diberkas polis di Batu 21, Bukit Katong Rim, di sini.

Dalam kejadian jam 12.30 malam semalam, suspek berusia 22 dan 24 tahun ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin dengan kerjasama anggota Balai Polis Jasin.

Suspek ditahan kurang lima jam selepas dikesan menceroboh kebun di kawasan itu dan melarikan tandan kelapa sawit menggunakan lori.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pengurus ladang berusia 58 tahun

memaklumkan gerak geri suspek sekitar jam 7.45 malam kelmarin.

Menurutnya, suspek dilihat mengambil tandan kelapa sawit dan memuatkannya ke dalam lori.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota BSJ IPD Jasin bersama anggota Balai Polis Jasin berjaya memberkas suspek dan merampas dua tan kelapa sawit dianggarkan bernilai lebih RM9,360.

“Turut dirampas dua batang besi pencucuk sawit dan sebilah sabit pemotong sawit yang dipercayai digunakan dalam kegiatan itu.

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman selama tiga hari sehingga 3 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top