Tragedi FRU: Pemandu Lori Batu Didakwa Atas 9 Pertuduhan, Mengaku Tidak Bersalah | Oh! Media

Tragedi FRU: Pemandu Lori Batu Didakwa Atas 9 Pertuduhan, Mengaku Tidak Bersalah | Oh! Media

Pemandu lori muatan batu, Rudi Zulkarnain Mat Radi yang berusia 45 mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dalam kemalangan ngeri di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Selasa lalu.

Menurut laporan Harian Metro, pertuduhan dibacakan secara berasingan di Mahkamah Sesyen Teluk Intan mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Nama-Nama mangsa terlibat

Trak FRU

Kesemua sembilan mangsa yang maut merupakan anggota FRU, antaranya:

  • S Perumal, 44
  • Mohd Roslan Abd Rahim, 46
  • Mohd Pozli Jaudin, 41
  • Nurit A.K. Pandak, 34
  • Amiruddin Zabri, 38
  • Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38
  • Akmal Muhamad, 35
  • Damarrulan Abdul Latif, 33
  • Akmal Wafi Annuar, 28

Rudi dikenakan jaminan RM6,000, sebutan semula kes Jun ini

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM6,000 bagi setiap pertuduhan, dengan tarikh sebutan semula kes pada 17 Jun 2025. Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) mewakili tertuduh manakala pihak pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Izzuddin Fakri Hamdan.

Pemandu lori pernah ada rekod jenayah dan dadah

fru

Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr. Bakri Zainal Abidin, pemandu lori berkenaan pernah mempunyai enam rekod jenayah lampau termasuk berkaitan dadah dan ditahan sejurus selepas insiden.

Pssttt! Berhati-hatilah di jalan raya. Satu kelalaian boleh meragut banyak nyawa yang tidak berdosa. Ingat, tanggungjawab memandu bukan hanya untuk diri sendiri.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top