Trump akui AS persenjatai perusuh di Iran

Trump akui AS persenjatai perusuh di Iran
Trump akui AS persenjatai perusuh di Iran

Sejak dari awal pihak berkuasa Iran percaya insiden rusuhan ganas itu berpunca daripada campur tangan AS bersama Israel. – Foto Agensi

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump secara terbuka mengakui Washington mempersenjatai perusuh ketika gelombang protes ganas melanda Iran pada awal tahun lalu.

Pengakuan itu jelas bertentangan dengan kenyataan Trump sebelum ini yang mendakwa kumpulan demonstrasi tersebut tidak bersenjata dan demonstrasi berlangsung secara aman di Teheran.

Plot jahat berkenaan terbongkar menerusi wawancara bersama Fox News pada Ahad selepas pemimpin Republikan itu pernah menggunakan alasan mahu melancarkan operasi ketenteraan sebagai respons terhadap tindakan kekerasan ke atas penunjuk perasaan bertindak di luar kawalan yang sebenarnya ‘diupah’ mereka.

“Kami hantar banyak senjata kepada perusuh di Iran melalui saluran Kurdish. Ia mungkin tidak sampai sepenuhnya ke tangan mereka,” katanya yang seperti cuba berdolak-dalik selepas ‘terlepas cakap’ tanpa sengaja.

Ia, sekali gus mengesahkan laporan pihak berkuasa Iran yang percaya siri protes tersebut dirancang oleh AS bersama Israel untuk menjejaskan kestabilan negara itu selain menggulingkan pemerintahan teokratik.

Siapa sangka, pelan keji itu akhirnya didedahkan sendiri oleh Trump yang bertindak menghasut keganasan dan membekalkan senjata untuk memporak-perandakan situasi di Teheran hingga meragut nyawa orang awam.

Ia mendedahkan sisi hipokrasi pentadbiran Rumah Putih yang kononnya memperjuangkan ‘demokrasi’ dan ‘hak asasi manusia’.

Sejak dari awal, Iran mengaitkan insiden keganasan melampau dan rusuhan ganas itu dengan campur tangan Washington bersama sekutu kuatnya, Tel Aviv.

Presiden Masoud Pezeshkian juga percaya perusuh bersenjata dilatih oleh agensi risikan musuh untuk menghuru-harakan negara tersebut. – Agensi

Scroll to Top