TUAH Julian Nagelsmann apabila memulakan kariernya sebagai jurulatih Jerman dengan langkah kanan apabila meraih kemenangan ke atas Amerika Syarikat (AS) 3-1 dalam aksi persahabatan awal pagi Ahad.
Nagelsmann mengisi kerusi panas itu selepas Hansi Flick dipecat sebagai jurulatih setelah lima perlawanan tanpa kemenangan.
Skuad bimbingan Nagelsman kali ini dilihat lebih baik berbanding ketika mengalami kekalahan 1-4 di tempat sendiri kepada Jepun bulan lalu.
“Menentang pasukan yang memiliki kepantasan, kami mengamalkan pendekatan yang amat bagus dari segi bola sepak,” ujar Nagelsmann.
