‘Tudung Periukʼ Buah Tangan Terbaru Dayang Nurfaizah

Kuala Lumpur: Penyanyi tersohor yang sudah meraih pelbagai anugerah, Dayang Nurfaizah akan melancarkan album studionya yang kesembilan dan dijudulkan sebagai Belagu. Album yang hadir dengan lapan buah lagu ini mengetengahkan intrepretasi segar Dayang Nurfaizah dan disempurnakan dengan susunan dan gubahan muzik oleh penerbit tersohor, Aubrey Suwito. Lagu Tudung Periuk bakal menjadi trak pertama dari album ini yang akan dilancarkan kepada umum.

Menurut Dayang, pemilihan Tudung Periuk sebagai lagu pertama adalah kerana kemahsyuran lagu itu di kalangan orang Melayu sejak dahulu lagi. “Liriknya yang begitu puitis disempurnakan lagi dengan melodi yang mengasyikan, Tudung Periuk cukup jelas mempamerkan esen muzik tradisional Melayu.”

“Kami melancarkan lagu ini terlebih dahulu sebagai pembuka kepada semua peminat supaya mereka tahu apa yang bakal kami sajikan kepada mereka sepenuhnya apabila album ini dilancarkan sepenuhnya kelak. ”

Belagu diterbitkan oleh syarikat milik Dayang Nurfaizah sendiri DN & AD ENTERTAINMENT SDN BHD dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia.

Tudung Periuk boleh didengari sekarang di semua platform digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 15 Januari 2021 dan album Belagu edisi digital akan dilancarkan pada 12 Febuari 2021. ‘Pre-order, pre-add, pre-save’ di semua platform digital sekarang!-TV3

Malay News
Showbiz Desk

Leave a Comment