Tugas di SJR selesai, abang askar & polis tahan air mata terpaksa berpisah

Tugas di SJR selesai, abang askar & polis tahan air mata terpaksa berpisah

Sejak aktiviti merentas negeri telah dibenarkan oleh kerajaan bermula 11 Oktober yang lalu, Sekatan Jalan Raya (SJR) telah ditamatkan.

Pihak berkuasa seperti polis dan tentera juga telah ‘berkemas’ dan menurunkan khemah di sekatan-sekatan lalu lintas setelh pengumuman tersebut dibuat.

Namun begitu, menerusi perkongsian seorang petugas keselamatan di aplikasi Tiktok, dia telah mengakui berasa sedih untuk berpisah dengan rakan-rakan frontliner yang lain selepas berbulan-bulan bertugas bersama.

@aisarrmp

Selesai sudah perjuangan kami,Ada masa kita jumpa lagi😭#fyp #pdrmatm #sahabat #kenangan

♬ bunyi asal – SAS – SAS

Dalam video yang dimuat naik, pengguna TikTok menggunakan nama akaun @aisarmp telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sama-sama berjuang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jadi, dikesempatan itu, anggota polis berkenaan berdoakan supaya suatu hari nanti mereka akan berjumpa lagi dan kenangan sepanjang bekerjasama akan terus dikenang sampai bila-bila.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan TikTok anggota polis berkenaan dengan  mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana dengan gigih bertugas di SJR sepanjang PKP berlangsung.

Mereka juga mengakui sebak menonton video tersebut dan berharap persahabatan mereka terus berkekalan walaupun sudah tidak sama-sama bertugas di SJR lagi.

 

Sumber: TikTok @aisarrmp

 

Scroll to Top