Tukar kerjaya ke? Ramai tersengih lihat Shukri Yahaya mekapkan Wan Sharmilla

Tukar kerjaya ke? Ramai tersengih lihat Shukri Yahaya mekapkan Wan Sharmilla

Nampaknya para pelakon drama Tujuh Hari Mencintaimu sudah kembali memasuki set pengambaran bagi menjayakan musim ke-3 drama hebat ini.

Pernah menjadi fenomena beberapa tahun kebelakangan ini, nama-nama peakon seperti Siti Saleha, Shukri Yahaya, Syazwan Zulkefli, Wan Sharmilla dan Liza Abdullah sudah melekat dalam ingatan para peminat drama tersebut.

Namun, disebalik kisah penuh konflik itu, para pelakon yang membintangi drama tersebut tetap ‘enjoy’ dan saling bergurau di belakang tabir.

Kali ini, pelakon utama drama tersebut, Shukri Yahaya telah ‘mengambil alih’ tugas jurumekap apabila memegang berus dan bedak untuk menyolek pelakon wanita, Wan Sharmilla.

@tqahadei

Artist Makeup Artist ✅ on set #7harimencintaiku3

♬ Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti – Anneth

Situasi itu dirakam dan dimuat naik ke akan TikTok milik @tqahadei dan mendapat perhatian ramai. Kebanyakannya terhibur dengan apa yang dilakukan oleh Syukri kerana terlihat sangat ‘profesional’ dalam menatarias wajah.

Pada video sebelumnya, Wan Sharmilla juga yang mengambil tempat menyolek Shukri di set pengambaran dan masing-masing terhibur dengan gurauan mereka dalam bekerja.

@tqahadei

Artist touch up Artist ✅ Makeup touch up artist ❌ #7harimencintaiku3

♬ Oh No – Kreepa

Namun, ada lagi yang lebih mencuri perhatian peminat ketika Shukri leka memekapkan Wan Sharmilla. Tindakan seorang lagi pelakon lelaki iaitu Syazwan Zulkefli yang ralit membantu membetulkan butang di lengan baju pelakon wanita tersebut.

Para peminat mulai membanjiri ruangan komen dengan mengakui tersenyum-senyum melihat keletah para pelakon drama kesayangan ramai itu kerana terlihat begitu akrab memandangkan sudah tiga musim mereka berlakon bersama.

 

Sumber: TikTok @tqahadei

Scroll to Top