Tunai Tanggungjawab… Wawa Zainal, Aeril Zafrel Bayar Zakat Perniagaan RM1 Juta

Tunai Tanggungjawab… Wawa Zainal, Aeril Zafrel Bayar Zakat Perniagaan RM1 Juta

Pasangan selebriti popular, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel melunaskan komitmen mereka sebagai usahawan muslim dengan menunaikan tanggungjawab zakat perniagaan.

Melalui perniagaan poduk kecantikan milik mereka, Wawa Cosmetics, pasangan ini menyerahkan bayaran zakat sebanyak RM1 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Menurut Wawa, pembayaran zakat ini diharapkan dapat meringankan beban golongan yang memerlukan.

“Rezeki yang diperoleh bukan hanya untuk kita sahaja, tetapi ada bahagian yang perlu dikongsi dengan mereka yang memerlukan. Zakat adalah cara untuk membersihkan harta sambil membantu mereka yang berada dalam kesempitan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Aeril pula menegaskan bahawa membayar zakat merupakan usaha memastikan perniagaan mereka terus diberkati.

“Kami mahu perniagaan yang diusahakan sentiasa berada dalam rahmat Allah. Menunaikan zakat bukan sahaja memenuhi tuntutan agama, tetapi juga memberikan ketenangan dalam mencari rezeki,” katanya.

Sejak ditubuhkan pada 2016, Wawa Cosmetics telah berkembang menjadi salah satu jenama kosmetik terkemuka di Malaysia. Selain menghasilkan produk berkualiti, syarikat ini turut aktif dalam melaksanakan pelbagai program kebajikan dan kemasyarakatan.

Tindakan Wawa dan Aeril ini diharap dapat menjadi contoh kepada para usahawan lain, agar tidak melupakan tanggungjawab zakat sebagai elemen penting dalam kehidupan dan perniagaan seorang Muslim.

Scroll to Top