Tunang nafi wanita dihempap kayu balak hamil, patah tulang punggung & rusuk

Tunang nafi wanita dihempap kayu balak hamil, patah tulang punggung & rusuk

Tunang nafi wanita dihempap kayu balak hamil, sebaliknya masih ditidurkan dan dalam pemantauan di Hospital Raja Zainab II (HRPZII), Kota Bharu, Kelantan.

Seorang lelaki mendakwa dirinya adalah tunang kepada wanita terlibat dalam kemalangan ngeri tampil muncul memberi penjelasan mengenai dakwaan tular.

Tunang nafi wanita dihempap kayu balak hamil

Tunang kepada mangsa kemalangan lori balak, Nik Amnan Arif Nik Anuar, 22, menafikan Siti Norelyana Kamarulzaman, 21, telah meninggal dunia serta mengandung sebagaimana yang tular serta dilaporkan di media sosial.

Menurutnya, tunangannya itu kini ditidurkan dan masih dalam pemantauan di hospital.

“Saya nak cakap kepada rakyat Malaysia dan media terutamanya, tolong jangan sebar berita palsu. Dia tidak mengandung, saya tunangnya.
“Mana saya nak letak muka bila orang kata dia mengandung? Saya berani cakap kerana saya benar. 
“Dia tidak mengandung, cuma keadaan dia kritikal,”katanya.

Menurutnya, ketika ini mereka sekeluarga sedang menunggu keputusan imbasan tomografi berkomputer kali kedua yang dilakukan di HRPZII.

Nik Amnan Arif turut memohon kepada orang ramai untuk mendoakan semoga Siti Norelyana cepat sedar dan pulih seperti sedia kala.

Alami kecederaan serius, patah tulang punggung & rusuk

Sementara itu, kakak mangsa, Roslinda memberitahu adiknya mengalami patah tulang punggung dan tulang rusuk serta kecederaan serius pada hati, limpa dan hempedu serta usus.

“Saya dimaklumkan dia patah tiga tulang rusuk. Terdapat juga pendarahan dalam badan seperti di hati, ginjal dan hempedu.
“Walaupun ditidurkan, dia kini stabil. Doktor kata kalau ada lagi pendarahan dalaman, baru dia akan jalani pembedahan. Mereka juga akan membuat imbasan sekali lagi hari ini,”ujarnya.

Katanya lagi, ibu mereka pengsan dua kali kerana sedih dan terlalu terkejut dengan kejadian menimpa Siti Norelyana Kamarulzaman.

Menurutnya, adiknya baru sahaja melangsungkan pertunangan pada bulan Mei lalu dan dijangka pada Disember ini.

Artikel lain: Keluarga tuntut keadilan buat mendiang pempengaruh Esha -“Pasal TikTok, saya hilang adik..”

Semalam, seorang wanita hampir maut apabila motosikal yang ditunggangnya dihempap kayu balak dalam kejadian di Persimpangan Bendahara Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang.

Kejadian jam 11.23 pagi itu berlaku apabila lori membawa muatan kayu balak terbabit terbalik ketika mengambil selekoh. Difahamkan semasa kejadian Siti Norelyana dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Bandar Utama Gua Musang.

Sumber: FB Kelantanese,mStar Online

Scroll to Top