Umum sedia tahu bahawa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebarang aktiviti keramaian atau berkumpul tidak dibenarkan.
Jadi, aktiviti seperti majlis perkahwinan, majlis pertunangan, kenduri-kendara dan bermacam lagi perlu ditangguhkan.
Mencari inisiatif lain untuk mengadakan majlis pertunangan, seorang gadis telah berkongsi momen dimana melakukan pertunangan secara atas talian sahaja dengan membuat vicdeo call bersama keluarga pihak lelaki.
Perkongsian yang dibuat oleh farahainjeman ini bukan hanya memudahkan urusan, tetapi turut menjimatkan kos majlis.
Hehe done tunang through microsoft teams! pic.twitter.com/58WBYrOuqe
— Ain (@farahainjeman) June 6, 2021
Dia juga memaklumkan sehari sebelum bertunang, kekasihnya mengajak untuk mengikat tali pertunangan dengan begitu ‘selamba’ apabila cuma bertanya sama ada mereka sekeluarga mempunyai masa lapang ataupun tidak pada keesokkan harinya.
Jadi, apabila masing-masing menyatakan persetujuan, mereka terus sahaja rasmi bertunang secara atas talian.

Sehubungan dengan itu, ramai yang telah meninggalkan komen diruangan Twitter farahainjeman dengan mengucapkan selamat bertunang buatnya dan pasangan.
Ada juga daripada mereka turut mahu melangsungkan majlis seperti ini memandangkan masing-masing terpisah jarak dengan pasangan dan juga atas kekangan PKP yang entah bila akan selesai




Sumber: farahainjeman




