Tunjuk Aksi Main Skateboard Lagi, Peminat Lelaki Unfollow Elizabeth Tan

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Tiada angin tiada ribut, pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan mengejutkan ramai mengesahkan sudah pun berkahwin apabila tular gambar dan video perkahwinannya di media sosial.

Meskipun bergelar isteri kepada ahli perniagaan dikenali sebagai Siew Jim, bagaimanapun, Elizabeth Tan atau lebih mesra disapa Lizzy berkata dia tetap Lizzy yang sama.

BACA:

Terbaru, menerusi satu perkongsian di Instagram, Lizzy ada memuat naik videonya bermain skateboard.
Apa yang menjadi perhatian kapsyen video tersebut, dimana penyanyi itu mengatakan dia tidak akan berubah meskipun sudah berkahwin.

Bagaimanapun, rata-rata peminat lelaki berpendapat semuanya tidak sama lagi kerana dia sudah bergelar isteri orang serta meminta Lizzy berhenti memainkan perasaan mereka.

Malah, ada yang meluahkan rasa kecewa sehingga mengambil keputusan untuk ‘unfollow’ akaun Instagram Lizzy.

Terdahulu, Lizzy berkata pada awalnya dia dan suami, Siew Jim ingin merahsiakan tentang perkahwinan mereka itu, namun berita itu dikongsikan oleh bapanya sendiri di media sosial.