Tunku Azizah Kembali Bergelar Mahasiswa UIAM, Netizen Luah Rasa Teruja – “Moga Berjumpa Dimana-Mana Kuliah Nanti”

Tunku Azizah Kembali Bergelar Mahasiswa UIAM, Netizen Luah Rasa Teruja – “Moga Berjumpa Dimana-Mana Kuliah Nanti”

Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj kini bergelar mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Menerusi perkongsian Di TikTok, Tunku Azizah kelihatan berkongsi beberapa foto miliknya sambil memegang kad pintar Mysiswa UIA yang tertera International Institute of Islamic Thought and Civilization.

“Kembali ke sekolah, doakan saya!” tulis pada kapsyen berkenaan.

Difahamkan, Tunku Azizah berkongsi mengenai perkara itu ketika hadir pada majlis Konvokesyen Ke-40 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang diadakan pada 16 November lalu.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet berasa teruja dan berharap dapat berjumpa secara empat mata dengan Tunku Azizah kelak.

Scroll to Top