Oh! Negara
Tunku Azizah pelawa masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Cot berpindah ke tanah milik baginda di Kuala Wau, Maran.
Masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Cot, Maran yang sedang berdepan isu pertikaian tanah kini mendapat perhatian daripada Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Keprihatinan baginda dizahirkan menerusi rasa simpati dan dukacita terhadap nasib yang dihadapi penduduk di kawasan itu, selain sentiasa mengikuti perkembangan isu berkenaan.
Tunku Azizah tawar tanah baginda di Kuala Wau, Maran

Memetik laporan Berita Harian, Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata, baginda memahami kegusaran dan kesulitan yang sedang dihadapi masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Cot.
Menurut beliau, masyarakat Orang Asli bukan sahaja sebahagian daripada rakyat Pahang, malah mempunyai tempat istimewa di hati baginda. Malah, menerusi kajian tesis yang sedang disiapkan, baginda mengiktiraf peranan penting masyarakat Orang Asli dalam pembangunan negeri sejak dahulu lagi.
Atas rasa kasih dan tanggungjawab, baginda turut mempelawa mana-mana keluarga Orang Asli Kampung Sungai Cot yang memerlukan penempatan untuk berpindah dan menetap di tanah milik baginda di Kuala Wau, Maran.
Jaminan tempat tinggal untuk Orang Asli yang memerlukan

Sekiranya tanah milik baginda di Kuala Wau dibangunkan pada masa hadapan, mereka yang menetap di situ akan terus mempunyai tempat tinggal dan tidak akan dipinggirkan.Pelawaan ini tidak terhad kepada masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Cot sahaja.
Malah mana-mana masyarakat Orang Asli yang memerlukan tempat berteduh atau penempatan baharu juga dipersilakan untuk tinggal di tanah milik baginda di Kuala Wau selepas mendapat perkenan baginda dan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.- Katanya.
Baginda berharap pelawaan itu dapat memberi sedikit kelegaan kepada mereka yang terkesan, selain memastikan kebajikan masyarakat Orang Asli terus terbela tanpa mengira latar belakang atau keadaan.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




