04 Mac 2026 01:19pm
Masa membaca: 4 minit

Erdogan. Foto: Agensi
ANKARA – Turkiye menyatakan kesediaannya untuk membantu pemulihan gencatan senjata antara Pakistan dan Afghanistan, kata Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Erdogan mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
Semasa perbualan itu, kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan dwitara, serta isu serantau dan global
“Mengutuk serangan pengganas yang dilaksanakan di Pakistan, Presiden Erdogan berkata Turkiye akan terus berdiri bersama Pakistan dalam perjuangan antipengganasnya, dan bahawa Turkiye juga akan membantu pemulihan gencatan senjata antara Pakistan dan Afghanistan yang dicapai melalui inisiatif Turkiye,” kata pejabat pemimpin Turkiye itu dalam platform media sosial X. – Bernama-RIA Novosti
Ringkasan AI
- Turkiye menyatakan kesediaan untuk membantu pemulihan gencatan senjata antara Pakistan dan Afghanistan
- Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan melakukan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif
- Kedua pemimpin membincangkan hubungan dwitara serta isu serantau dan global
- Erdogan mengutuk serangan pengganas di Pakistan dan menyatakan sokongan Turkiye terhadap perjuangan antipengganas Pakistan
- Turkiye akan membantu pemulihan gencatan senjata antara Pakistan dan Afghanistan melalui inisiatif Turkiye



