Influencer dan usahawan muda, Khairul Aming sememangnya menjadi sorotan ramai apabila kerap berkongsi momen menghargai stafnya terutama mereka yang bekerja di dua buah kilang Sambal Nyet di Kelantan.
Jika sebelum ini, Khairul Aming telah memberikan duit raya berkepuk-kepuk serta membelanja mereka baju raya, kali ini pemuda berusia 31 tahun itu ‘membuat hal’ lagi apabila menutup kilang selama 5 hari dan membawa kesemua 60 orang stafnya bercuti ke Langkawi.
Menerusi video yang dikongsikan, pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman itu juga telah menyediakan penginapan untuk mereka semua di hotel lima bintang, bermain jetski, explore cave, snorkelling dan juga yacht peribadi untuk membolehkan stafnya menyaksikan matahari terbenam.
Tak hanya itu, demi melihat kesemua staf yang dibawa gembira dengan percutian tersebut, Khairul Aming turut membelanja mereka di sana.
Perkongsian tersebut pastinya membuatkan warganet ‘tercengang’ kerana mengatakan tindakan usahawan itu melanggar ‘hukum majikan’.
Mereka juga tidak henti-henti memuji apa yang dilakukan pemuda asal Kelantan berkenaan kerana sangat menghargai para pekerja yang sama-sama membangunkan perusahaannya sehingga semakin berkembang saban hari.
Sumber: Instagram khairulaming