Tutup kilang sebab isu bendera? Kerajaan jangan lebih zalim daripada harimau -Teng Chang Khim

Tutup kilang sebab isu bendera? Kerajaan jangan lebih zalim daripada harimau -Teng Chang Khim

Kerajaan tidak seharusnya menggunakan tindakan penguatkuasaan yang keterlaluan sehingga menutup operasi perniagaan hanya disebabkan kesalahan berkaitan pemasangan bendera, kata Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim.

Tutup kilang sebab isu bendera? Kerajaan jangan lebih zalim daripada harimau -Teng Chang Khim

Beliau beranggapan tindakan sewajarnya adalah kenakan denda

Menerusi hantaran beliau di Facebook, sekiranya terdapat Undang-Undang Kecil (UUK) yang menetapkan hukuman terhadap kesalahan menggantung bendera, tindakan sewajarnya adalah mengenakan denda munasabah dan bukannya menghentikan operasi perniagaan.

“Kalau ada UUK untuk hukuman bagi silap gantung bendera sekalipun, hukumannya tidak boleh menganiaya sehingga menghentikan operasi perniagaan.
“Sekadar denda RM200, RM500 atau RM1,000 sudah memadai. Kerajaan jangan lebih zalim daripada harimau,” katanya.

Soalkan kewajaran tindakan tutup operasi

Teng turut mempersoalkan kewajaran tindakan menutup operasi perniagaan semata-mata bagi mendapatkan komitmen kehadiran pihak terbabit.

Semalam, sebuah kilang perindustrian ditutup sementara selepas Jalur Gemilang dan bendera Johor didapati dipasang secara terbalik.

Kerajaan Johor pandang serius isu bendera terbalik

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, kejadian itu dipandang serius kerana kedua-dua bendera berkenaan melambangkan identiti, maruah dan kedaulatan negara serta negeri.

Beliau berkata, kejadian itu tidak boleh dianggap sebagai kesilapan kecil atau dibiarkan tanpa tindakan.

“Sekadar hendak mendapatkan komitmen kehadiran maka ditutup operasi perniagaan? Apa jenis penguatkuasaan undang-undang ini?
“Denda sajalah kalau salah atau tidak hadir. Kalau ingkar lagi, baru tindakan seterusnya. Bukan suka-suka tutup operasi perniagaan,” katanya.

Menurut beliau, tindakan penguatkuasaan perlu dilaksanakan secara adil dan seimbang berdasarkan jenis kesalahan yang dilakukan.

Beliau turut mempersoalkan sama ada tindakan sama akan dikenakan terhadap institusi lain sekiranya berlaku kesalahan.
“Kalau bank yang silap, nak tutup bank? Kalau pejabat kerajaan silap, tutup pejabat kerajaan?” soalnya.

Sumber: Facebook Teng Chang Khim

 

Scroll to Top