Ugutan Trump: Iran beri amaran tindakan lebih keras

Ugutan Trump: Iran beri amaran tindakan lebih keras
Ugutan Trump: Iran beri amaran tindakan lebih keras

Perang ganas dimulakan AS bersama Israel itu telah memberi impak besar kepada infrastruktur penting di negara Teluk.

TEHERAN – Iran sekali lagi memberi amaran keras beberapa jam sebelum tarikh akhir ditetapkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tamat pada Isnin.

Teheran menegaskan, ia tidak teragak-agak membedil infrastruktur air dan tenaga di negara Teluk jika Washington tetap menyerang loji jana kuasa milik mereka.

Selepas menutup Selat Hormuz yang mengganggu bekalan minyak dunia, Iran kini turut mengancam fasiliti air yang menjadi nadi kepada penduduk negara–negara Teluk.

Ia, sekali gus meningkatkan kebimbangan gangguan besar terhadap bekalan air minuman di rantau yang sangat bergantung kepada penapisan air laut.

Kempen pengeboman Washington bersama Tel Aviv ke atas Teheran sejak lebih tiga minggu lalu gagal menggugat keupayaan misil mereka, sebaliknya ia terus melancarkan serangan balas tanpa henti.

China yang mengikuti perkembangan situasi di Asia Barat turut memberi amaran peperangan berlarutan di rantau tersebut berisiko mewujudkan ‘situasi tidak terkawal’ dipacu dengan kempen ugutan Trump.

Israel yang masih tidak serik dengan hujan misil yang memusnahkan dua bandar selatan pada akhir minggu lalu kembali melancarkan gelombang serangan baharu ke atas Iran hingga mencetuskan tindak balas Teheran yang menyasarkan beberapa negara Teluk.

Konflik tiga penjuru yang bakal memasuki minggu keempat itu turut menyaksikan kira-kira 40 aset tenaga di seluruh rantau tersebut separa musnah atau binasa sepenuhnya. – AFP

Ringkasan AI

  • Iran memberi amaran akan membedil infrastruktur air dan tenaga di negara Teluk jika AS menyerang lojinya
  • Iran mengancam akan menutup Selat Hormuz, mengganggu bekalan minyak dunia
  • Kempen pengeboman Washington dan Tel Aviv gagal menggoyahkan keupayaan misil Iran
  • China memberi amaran bahawa peperangan berlarutan di Asia Barat berisiko mencipta situasi tidak terkawal
  • Israel melancarkan gelombang serangan baru ke atas Iran, memicu tindak balas dari Teheran yang menyasarkan negara-negara Teluk
Scroll to Top