Ujian Buriram penentu buat Martin

Ujian Buriram penentu buat Martin

Buriram: Bekas juara dunia MotoGP, Jorge Martin, bakal kembali ke litar pada ujian pramusim terakhir di Buriram selepas mendapat lampu hijau daripada unit perubatan Kejuaraan Dunia Grand Prix (GP) FIM, umum pasukannya, Aprilia Racing.

Pelumba Sepanyol berusia 28 tahun itu diberikan kebenaran ke Thailand susulan penilaian positif minggu lalu dan ini akan menjadi kemunculan pertamanya di litar sejak ujian pasca perlumbaan di Valencia musim lalu.

Martin melalui musim 2025 yang sukar selepas berhijrah ke Aprilia apabila mengalami kecederaan serius dalam kemalangan pramusim serta insiden di GP Qatar yang menyaksikannya terlepas beberapa perlumbaan.

Pada Disember, dia menjalani dua pembedahan susulan membabitkan pergelangan tangan kiri dan tulang selangka kanan.

Ujian dua hari di Buriram bermula esok dan menjadi medan penting buat Martin menilai tahap kecergasannya sebelum tirai musim baharu dibuka.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top