BANGKOK: Persekitaran yang dikelilingi sumber pencemaran habuk dan pancaran cahaya matahari menyebabkan kulit wajah mengalami pelbagai masalah seperti jerawat, tona kulit tidak sekata serta pigmentasi.
Maka tidak hairanlah mengapa kebanyakan individu menginginkan kulit wajah yang licin, sihat dan awet muda.
Dengan gabungan teknologi dan kecantikan, Ulike memperkenalkan ReGlow LED Face Mask sebagai jalan penyelesaian yang baik untuk mengatasi masalah kulit wajah termasuk anti-penuaan, pengurangan jerawat dan sebagainya.
Cantik dengan peranti
Walaupun baru sahaja diperkenalkan, Ulike ReGlow LED Face Mask telah menarik banyak perhatian apabila ia menjanjikan transformasi luar biasa buat si pemakai.
Selain itu, pengguna juga boleh melihat hasil dalam masa 14 hari selepas menggunakan ReGlow LED Face Mask ini kedalam rutin penjagaan kulit wajah dan hanya memerlukan 10 minit sehari.
Menurut ahli dermatologi Ulike, pengguna dapat melihat peningkatan kecerahan kulit sebanyak 12.9 peratus, pengurangan yang ketara sebanyak 39.44 peratus bagi kedutan bawah mata, penurunan sebanyak 7.89 peratus untuk masalah kemerahan kulit dan pengurangan masalah jerawat sebanyak 17.58 peratus selepas menggunakannya selama 14 hari berturut-turut.
Ia juga mempunyai mod aplikasi serbaguna dan mampu memenuhi semua keperluan kulit yang lebih spesifik seperti anti-jerawat, mencerahkan, menegang dan meremajakan kulit wajah.
Sebagai contoh, mod anti-jerawat menggabungkan cahaya biru 415nm dengan lampu merah 630nm semasa rawatan, menawarkan pendekatan yang komprehensif tanpa merosakkan kulit wajah.
Dengan adanya teknologi seperti ini, setiap orang boleh cantik tanpa perlu ke klinik dermatologi, tidak menggunakan jarum dan tiada kos rawatan berulang.
Kekal licin tanpa bulu
Golongan wanita terutamanya, sanggup menghabiskan masa mencukur bulu setiap hari dan membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk membuang bulu menggunakan perkhidmatan profesional.
Mengetahui masalah ini, Ulike turut memperkenalkan Ulike A3, peranti penyingkir bulu mudah alih.
Apa yang boleh dikatakan, Ulike A3 dapat mengurangkan kesan sampingan seperti radang kulit, gatal, kepedihan dan mengatasi masalah ‘ingrown hair’.
Masalah ini dapat dielakkan kerana Ulike A3 dilengkapi dengan teknologi penyejuk sapphire dan kesannya dapat dilihat seawal tiga minggu penggunaan.
Duta serantau terbaharu Ulike
Tidak ketinggalan, Ulike juga mengumumkan pengembangan jenama syarikat itu ke rantau Asia Tenggara sekali gus memperkenalkan Davika Hoorne, selebriti terkemuka Thailand sebagai duta rasmi Ulike di Asia Tenggara (SEA).
Pengurus Besar Asia Tenggara bagi kumpulan Ulike Korea Selatan, KM Leong, berkata matlamat syarikat adalah untuk mengatasi dan mentakrifkan semula teknologi dalam industri kecantikan dan penjagaan badan untuk semua pengguna dengan keperluan dan pilihan yang berbeza.
“Didorong oleh penyelidikan dan inovasi, pihak Ulike memperkenalkan peranti canggih yang berkesan, selamat dan berkualiti tinggi, membawa teknologi kecantikan profesional ke rumah pengguna dan kini ada di Asia Tenggara.
“Pelancaran Ulike ReGlow LED Face Mask merupakan satu daripada langkah kami dalam menyediakan penyelesaian kecantikan komprehensif buat pengguna Ulike di rantau asia,” tambahnya.
Berikutan pengumuman pengembangan Ulike ke Asia Tenggara, pengguna di Malaysia kini boleh dapatkan produk-produk Ulike di platform e-dagang Shopee bermula 3 hingga 5 Mac ini.
Ulike ReGlow LED Face Mask akan dijual pada harga hanya RM2,229 manakala Ulike Air3 boleh didapati pada harga RM1,329.
Menariknya lagi, pelanggan juga boleh menikmati hadiah tambahan seperti, Ulike Ultrasonic Waterproof Electric Toothbrush, Gel Aloe Vera Ulike, bantal urut, cermin mata, pisau cukur, losyen badan dan tisu muka dengan setiap pembelian peranti Ulike.
Untuk maklumat lanjut, layari laman media sosial rasmi Ulike Malaysia di Instagram dan Facebook.
© New Straits Times Press (M) Bhd