UMNO kutip dana bantu Najib bayar denda RM50 juta

zanariah_mutalib@bh.com.my

Kuala Lumpur: UMNO akan melaksanakan kutipan dana bagi membantu meringankan beban Datuk Seri Najib Razak untuk melunaskan denda RM50 juta yang dikenakan ke atasnya sebagai syarat bagi menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata inisiatif kutipan dana itu akan dilaksanakan secara telus, teratur dan mematuhi peraturan serta undang-undang berkuat kuasa.

Beliau menyeru seluruh kepemimpinan, ahli dan penyokong parti serta mereka yang ingin bersama-sama memberikan sokongan supaya menyumbang secara sukarela.

Ahmad Zahid, berkata beliau dan seluruh kepemimpinan serta ahli UMNO merafak sembah menjunjung kasih ke hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas perkenan baginda memberi pengampunan bersyarat kepada Najib.

“UMNO menjunjung tinggi kebijaksanaan dan budi bicara Tuanku dan menzahirkan setulus-tulus penghargaan atas limpah ihsan baginda.

“UMNO menyambut dengan penuh kesyukuran keputusan yang membolehkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.

“Perkembangan ini amat bermakna buat beliau dan keluarga serta seluruh keluarga UMNO yang selama ini tidak putus menaruh harapan dan menitipkan doa,” katanya dalam kenyataan, hari ini

Berita lanjut menyusul

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top