UMNO Syukur Najib Dibenarkan Jalani Baki Hukuman Secara Tahanan Rumah | Oh! Negara – Oh! Media

UMNO Syukur Najib Dibenarkan Jalani Baki Hukuman Secara Tahanan Rumah | Oh! Negara – Oh! Media

Oh! Negara

UMNO menyambut dengan penuh kesyukuran keputusan membolehkan Najib Razak menjalani baki hukuman secara tahanan rumah.

UMNO menyambut dengan penuh kesyukuran perkembangan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas beliau dibenarkan menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkembangan itu amat bermakna buat Najib dan keluarganya, selain seluruh keluarga UMNO yang selama ini tidak putus menaruh harapan dan menitipkan doa.

UMNO zahir penghargaan kepada Agong

Ohmedia agong Satria Neo

Menerusi kenyataan media, Ahmad Zahid bagi pihak seluruh kepimpinan dan ahli UMNO turut merafak sembah menjunjung kasih ke hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata, UMNO menjunjung tinggi kebijaksanaan dan budi bicara Tuanku serta menzahirkan setulus-tulus penghargaan atas limpah ihsan baginda.

UMNO menyambut dengan penuh kesyukuran keputusan yang membolehkan Dato’ Sri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.- Katanya.

Menurut Ahmad Zahid, limpah ihsan tersebut membawa kelegaan besar buat Najib dan keluarganya serta akan sentiasa dikenang dengan penuh penghargaan oleh seluruh keluarga UMNO.

Zahid Hamidi seru hormati proses yang ditetapkan

53491

Dalam masa sama, Ahmad Zahid menegaskan pendirian UMNO sejak awal adalah membawa permohonan berkenaan dengan penuh tertib dan rendah hati menerusi saluran yang ditetapkan.

Penghormatan kepada institusi Raja, keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang juga akan terus menjadi pegangan parti itu.

Beliau turut menyeru seluruh ahli UMNO supaya menyambut perkembangan tersebut dengan rasa syukur, menjaga adab dalam setiap ungkapan serta menghormati segala proses yang ditetapkan.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top