UMNO terus dukung Kerajaan Perpaduan sehingga PRU16 – Asyraf Wajdi

UMNO terus dukung Kerajaan Perpaduan sehingga PRU16 – Asyraf Wajdi
UMNO terus dukung Kerajaan Perpaduan sehingga PRU16 – Asyraf Wajdi

Asyraf Wajdi mengadakan sidang media Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn pada Rabu. Foto Bernama

KUALA LUMPUR – UMNO akan terus mendukung Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 sehingga pilihan raya akan datang selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pendirian itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Presiden parti berkenaan, di Menara Dato’ Onn di sini malam ini.

Pada masa sama, beliau berkata, perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan tidak mengikat mana-mana kerajaan negeri memandangkan Kerajaan Negeri Johor telah ditubuhkan lebih awal sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan dan tidak melibatkan parti daripada Pakatan Harapan.

Asyraf Wajdi berkata, keputusan UMNO dan Barisan Nasional untuk mempertahankan mandat negeri bukanlah satu bentuk pengkhianatan terhadap Kerajaan Persekutuan seperti didakwa segelintir pihak sebaliknya ia mencerminkan amalan demokrasi yang sah, matang dan berperlembagaan dengan menyerahkan sepenuhnya mandat kepada rakyat.

Beliau juga berkata, UMNO terbuka kepada sebarang bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak demi kestabilan politik negara dan kesejahteraan rakyat namun ia perlu berlandaskan prinsip keikhlasan serta kepercayaan. – Bernama

 

 

 

Mesti Baca

Scroll to Top