Undi finalis pilihan untuk Anugerah Ikon Artis Pilihan Shopee AJL40

Undi finalis pilihan untuk Anugerah Ikon Artis Pilihan Shopee AJL40

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Sempena Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), peminat berpeluang memilih finalis untuk dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ikon Artis Pilihan Shopee.

Peminat mempunyai kuasa untuk menentukan pemenang menerusi undian rasmi yang dibuka di aplikasi Shopee bermula 2 Ogos hingga 15 Ogos ini.

Diperkenalkan menerusi kerjasama bersama Shopee, anugerah khas ini mengangkat suara peminat sebagai penentu utama dalam memilih penerima Anugerah Ikon Artis Pilihan Shopee yang bakal diumumkan pada malam kemuncak AJL40, 15 Ogos ini.

Sepanjang tempoh undian, peminat boleh mengundi artis kegemaran setiap hari dengan membuka aplikasi Shopee, mencari “AJL40,” memilih finalis pilihan dan menghantar undian, atau membuat undian secara terus melalui https://shopee.com.my/m/AJL40xShopee.

Setiap undian yang diberikan bakal membawa artis pilihan mereka selangkah lebih dekat untuk membawa pulang trofi eksklusif, wang tunai berjumlah RM50,000 serta kontrak sebagai Duta Kempen Shopee.

Mereka yang belum memiliki tiket malam kemuncak AJL40 masih ada peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara berprestij ini apabila sejumlah tiket dalam kuantiti sangat terhad terus ditawarkan.

Tiket berkenaan boleh didapati menerusi pautan berikut: https://shopee.com.my/m/AJL40xShopee#TS1

Sebaik berjaya mendapatkan tiket, jangan lepaskan peluang untuk mengundi artis kegemaran setiap hari sepanjang tempoh kempen.

Undian anda bakal menobatkab artis kegemaran sebagai penerima Anugerah Ikon Artis Pilihan Shopee di pentas AJL40.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top