suliati@hmetro.com.my
SELAMA lebih 35 tahun, Kumpulan Pendidikan UNITAR berkembang seiring dengan landskap pendidikan Malaysia dengan terus menyokong pelajar melalui pendidikan yang mudah diakses, fleksibel dan relevan dengan keperluan semasa.
Dengan kampus dan pusat pembelajaran di 12 negeri, UNITAR berjaya melahirkan lebih daripada 150,000 graduan melalui institusi seperti Universiti Antarabangsa UNITAR dan Kolej Universiti UNITAR Kuala Lumpur dan Kolej UNITAR.
Sepanjang dekad yang lalu, graduan UNITAR menyumbang kepada pelbagai industri, komuniti dan organisasi di seluruh negara, sekali gus memperkukuh tenaga kerja Malaysia.
Namun, fokus utama UNITAR bukan sahaja dalam melahirkan graduan, malah memainkan peranan besar dalam memperkukuh sektor pendidikan negara.
UNITAR percaya bahawa pendidikan adalah asas kepada pembangunan masyarakat dan negara. Justeru, UNITAR sentiasa komited dalam melahirkan lebih ramai guru dan bakal pendidik yang berilmu, berkemahiran serta bersedia untuk membentuk generasi masa depan.
Usaha ini penting kerana golongan pendidik memainkan peranan besar dalam mencorakkan perkembangan pelajar sejak usia muda, sekali gus membantu membina masyarakat yang lebih berdaya saing dan berpengetahuan.
Bagi merealisasikan inisiatif ini, UNITAR mengaktifkan kempen Cik TAR Bangkit Bersama UNITAR, iaitu inisiatif khas memberi fokus kepada pembangunan bidang perguruan.
Menerusi kempen ini, Cik TAR menjelajah ke 12 kampus di 12 negeri bagi mencari calon yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perguruan, sama ada dalam Early Childhood Education mahupun Education.
Kempen ini membuka lebih banyak peluang kepada individu yang berminat untuk menjadi pendidik serta menyumbang kepada golongan perguruan pada masa hadapan.
Setiap guru penting dalam membentuk keyakinan, pengetahuan dan masa depan seorang pelajar. Dari bilik darjah prasekolah hingga ke sekolah menengah, guru menjadi individu yang membimbing generasi masa depan untuk mencapai potensi mereka.
Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, malah menjadi pembimbing, pencetus inspirasi dan individu yang membantu membentuk sahsiah pelajar. Peranan ini menjadikan bidang perguruan sebagai satu kerjaya yang amat bermakna dan sentiasa diperlukan oleh masyarakat.
Atas sebab itu, UNITAR komited untuk membantu lebih ramai bakal pendidik mendapatkan ilmu, kemahiran dan pendedahan yang diperlukan supaya mereka dapat melangkah ke dalam dunia pendidikan dengan lebih yakin.
Melalui pendekatan ini, UNITAR bukan sahaja membantu pelajar mendapatkan pendidikan berkualiti, malah turut membantu melahirkan lebih ramai guru yang berkelayakan dan bersedia untuk memenuhi keperluan sektor pendidikan negara.
Menariknya, program pengajian yang ditawarkan turut direka untuk menyokong individu bekerja, ibu bapa serta pelajar baharu yang mencari laluan pembelajaran fleksibel mengikut kesesuaian hidup masing-masing.
Pelajar juga mendapat manfaat daripada persekitaran pembelajaran yang menyokong, yang membantu membina keyakinan diri serta mengembangkan kemahiran praktikal.
Kadar kebolehpasaran graduan UNITAR juga mencecah sehingga 98 peratus, membuktikan komitmen universiti dalam melahirkan graduan yang bersedia untuk dunia pekerjaan sebenar.
Bersempena sambutan 35 Tahun #BangkitBersamaUNITAR, universiti turut menawarkan I-Future Scholarship dengan pengecualian yuran pengajian sehingga 100 peratus kepada pelajar yang mempunyai pencapaian akademik cemerlang.
UNITAR turut menawarkan Laluan Foundation yang membolehkan pelajar memulakan pengajian tinggi dan seterusnya melanjutkan ke peringkat ijazah.
UNITAR juga menawarkan pengecualian yuran sehingga 35 peratus untuk program terpilih, menjadikan pendidikan berkualiti lebih mudah diakses oleh ramai rakyat Malaysia.
Terdapat pengecualian yuran pendaftaran sempena Hari Terbuka bagi memberi peluang kepada pelajar mendaftar tanpa bayaran pendaftaran biasa.
Selain bidang pendidikan, UNITAR memperkenalkan program baharu Occupational Safety & Health (OSH) bagi memenuhi keperluan industri semasa.
Program ini memberi tumpuan dalam mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat melalui sistem pengurusan keselamatan yang berkesan, strategi pencegahan risiko serta pematuhan kepada peraturan keselamatan.
Seiring peningkatan kesedaran terhadap keselamatan di tempat kerja, permintaan terhadap profesional OSH yang bertauliah terus meningkat dalam pelbagai industri.
Graduan dalam bidang ini boleh meneroka peluang kerjaya dalam sektor seperti penerbangan, minyak dan gas, pembinaan, pembuatan, pertanian serta perkhidmatan pengangkutan termasuk e-hailing.
Selama lebih 35 tahun ini, UNITAR terus menjadi rakan pembelajaran yang dipercayai, berkembang bersama rakyat Malaysia dan menyokong perjalanan pendidikan mereka.
Bagi lepasan SPM dan STPM yang sedang mencari laluan masa depan, UNITAR bukan sahaja menawarkan peluang pendidikan, malah turut membuka jalan untuk membina kerjaya dan menyumbang semula kepada masyarakat, khususnya dalam bidang perguruan.
Tidak ketinggalan juga, jom ke Hari Terbuka UNITAR di kampus seluruh Malaysia pada 18 dan 19 April 2026, dari pukul 10 pagi hingga 5 petang.
Dapatkan maklumat lanjut serta peluang untuk memenangi MacBook Neo. Ataupun scan kod untuk menghubungi mengetahui program lain-lain.
© New Straits Times Press (M) Bhd




