Ahad lalu, pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman selamat diijabkabulkan dalam satu majlis indah yang diadakan di Sepang Selangor.
Rata-rata peminat dan rakan-rakan tumpang gembira di atas penyatuan berkenaan termasuk rakan kepada Amira Othman iaitu bekas penyanyi Salima Habibi.
BACA: Fattah Amin Dedah Isteri Pandai Masak, Puji Mi Segera Amira Othman
Menerusi satu perkongsian di Threads, Salima berkata sebagai kawan Amira mereka tidak pernah bercerita bukan-bukan mengenai orang lain serta turut mendoakan buat keluarga bekas isteri Fattah iaitu Fazura.

“Sentiasa doa dan minta Allah mudahkan urusan, untuk kluarga bekas isteri pun selalu kami doakan. Sebab kita semua hamba Allah, ujian buat netizen kali ini cukup hebat,” katanya.
Salima turut meluahkan rasa kesal ramai mereka diluar sana yang menyebarkan fitnah serta melaga-lagakan serta meminta Allah agar menjaga kita semua.
“Banyk membuat fitnah dan cerita rekaan versi sendiri serta melaga lagakan. Jangan… kita minta kebaikan untuk semua.
“Kita minta Allah jaga semua, kita minta Allah bagi yang terbaik untuk semua, kerana kita sentiasa tak tahu, tapi Allah maha tahu. Mana yang dah terlepas, istighfar ok, doa baik-baik,” katanya.




