Upbound: Minuman hidrasi prestasi pertama tanpa kafein, tanpa gula

Upbound: Minuman hidrasi prestasi pertama tanpa kafein, tanpa gula

KUALA LUMPUR – Jenama minuman hidrasi prestasi, Upbound mencipta sejarah apabila diiktiraf sebagai minuman hidrasi prestasi pertama tanpa kafein, tanpa gula dan tanpa ‘crash’ pada 2025.

Pengiktirafan itu sekali gus mengangkat komitmen Upbound dalam menawarkan hidrasi yang bersih dan berkesan kepada pengguna aktif yang mementingkan kesihatan.

Sebagai minuman hidrasi prestasi pertama di Malaysia yang menggabungkan 12 ramuan berprestasi tinggi dalam satu formula, Upbound direka untuk menyokong pemulihan, fokus serta prestasi sepanjang hari.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wilson Lee berkata, pihaknya berbesar hati menerima pengiktirafan dari The Asia Records tersebut yang dilihat sebagai pengiktirafan terhadap inovasi dan komitmen syarikat.

“Minuman hidrasi tanpa kafein, tanpa gula dan tanpa ‘crash’ ini mencerminkan komitmen kami terhadap inovasi dan kesihatan.

“Penghargaan ini menjadi inspirasi untuk kami terus membangunkan produk yang menyokong perjalanan kesejahteraan pelanggan,” katanya.

Menurutnya, Upbound dibina berasaskan janji fungsi yang jelas iaitu 0 kafein, 0 gula dan 0 ‘crash’ bagi menyokong kejelasan mental, pemulihan fizikal serta hidrasi berterusan tanpa kebergantungan kepada perangsang.

“Pengiktirafan ini mengukuhkan lagi kedudukan Upbound sebagai peneraju dalam inovasi minuman kesihatan, selain memenuhi permintaan pengguna terhadap pilihan prestasi yang lebih sihat,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Upbound turut memperkukuh strategi Go-To-Market (GTM) menerusi kempen baharu “Train. Reset. Go Again.” sebagai langkah memperluas capaian jenama.

Wilson berkata, kempen tersebut mencerminkan aspirasi syarikat untuk berkembang merentasi runcit, gimnasium serta pelbagai titik sentuhan gaya hidup pengguna.

“Pendekatan GTM kami memberi tumpuan kepada penempatan runcit berkekerapan tinggi dan mudah dilihat, sekali gus menjadikan Upbound sebagai keperluan harian pengguna.

“Ia turut disokong paparan produk yang menekankan mesej utama iaitu 0 kafein, 0 gula dan 0 ‘crash’,” jelasnya.

Wilson Lee berbesar hati menerima pengiktirafan tersebut yang dilihat sebagai pengiktirafan terhadap inovasi dan komitmen syarikat.

Wilson Lee berbesar hati menerima pengiktirafan tersebut yang dilihat sebagai pengiktirafan terhadap inovasi dan komitmen syarikat.

Pelancaran kempen itu yang berlangsung di JAM Petaling Jaya baru-baru ini menghimpunkan rakan kongsi serta komuniti, sekali gus memperlihatkan hala tuju Upbound dalam memperluas pengedaran, meningkatkan relevansi harian dan keterlihatan jenama.

Kempen tersebut turut diketengahkan melalui empat konsep utama iaitu Upbound Market, Upbound Fuel Bar, Upbound Melts dan Upbound Studio.

Pencapaian berkenaan dilihat sebagai detik penting buat Upbound dalam mengukuhkan kedudukannya sebagai perintis dalam kategori hidrasi prestasi, selain membuka fasa pertumbuhan baharu melalui peluasan akses runcit, aktivasi gim dan integrasi gaya hidup.

Bagi mempercepatkan penerimaan pengguna, Upbound turut memperluaskan aktivasi di gimnasium dan persekitaran latihan selari dengan janji prestasinya.

Antara inisiatif dilaksanakan termasuk pensampelan berimpak tinggi yang digabungkan dengan pendidikan hidrasi dan pemulihan, peluang percubaan kepada pembelian melalui pop-up serta pakej masa terhad, selain sokongan jurulatih dan komuniti bagi meningkatkan keyakinan pengguna.

Upbound merupakan minuman hidrasi prestasi yang menyasarkan atlet harian merangkumi individu aktif di gelanggang, padang, pejabat mahupun di rumah.

Diformulasikan dengan sokongan fungsi seperti L-Theanine dan kompleks elektrolit, minuman itu membantu pengguna mengekalkan hidrasi secara konsisten tanpa kesan lonjakan dan kejatuhan tenaga akibat perangsang.

Scroll to Top