
Barisan pemain yang menyertai Karnival Bolasepak 7 sebelah IPT di Gambang, Pahang pada Ahad.
UNIVERSITI Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) merampas kejuaraan Karnival Bolasepak 7 sebelah antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berakhir di Akademi Bolasepak Kebangsaan Mokhtar Dahari di Gambang, Pahang pada Ahad.
Dua jaringan Nurul Ariana Nabila Mohd Ramdhan pada perlawanan akhir membolehkan UPNM menumpaskan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2-0 untuk merangkul kejuaraan sulung untuk UPNM kali ini.
Dibarisi sekurang-kurangnya lima pemain kebangsaan termasuk kapten pasukan Nur Adrienna Zamzaihiri, UPNM ternyata sukar digugat dan berjaya menebus kehampaan edisi lalu apabila tersekat di saingan peringkat separuh akhir.
UPSI pula diperkukuhkan dengan pemain kebangsaan Nurfarisya Hanim dan Nabila Shahirah yang juga terkandas di separuh akhir musim lalu amat berpuas hati dengan kedudukan selaku naib juara kali ini.



