
Nunez (kanan) meraikan jaringannya ketika berdepan Brazil. – Foto: EPA
GOL daripada Darwin Nunez dan Nicolas de la Cruz memberikan Uruguay kemenangan 2-0 ke atas Brazil dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Centenario pada Rabu.
Kekalahan Brazil itu juga dibayangi tonggak utamanya, Neymar yang terpaksa dikeluarkan pada lewat separuh masa pertama selepas mengalami kecederaan lutut serius.
Nunez membuka jaringan pada minit ke-42 menerusi tandukan dan malam Brazil menjadi lebih teruk dua minit kemudian apabila Neymar terjatuh selepas cuba merebut bola daripada De la Cruz.
Neymar meninggalkan padang dengan pengusung selepas menerima rawatan selama beberapa minit.



