Verstappen ungguli GP Singapura

Verstappen ungguli GP Singapura

Singapura: Max Verstappen menjuarai Grand Prix (GP) Singapura buat kali pertama dalam kariernya sebentar tadi sekali gus melengkapkan hujung minggu sempurna selepas turut memenangi perlumbaan pecut dan meraih petak utama bagi kedua-dua perlumbaan.

Pelumba Red Bull itu menamatkan perlumbaan dengan kelebihan 7.335 saat di depan Charles Leclerc dari Ferrari, manakala pendahulu kejuaraan, Kimi Antonelli dari Mercedes, di tempat ketiga selepas 62 pusingan di Litar Jalan Raya Marina Bay.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top