Vibe Urban Camp Dihidupkan di DUDUK PLAYGROUND JB Edition

Vibe Urban Camp Dihidupkan di DUDUK PLAYGROUND JB Edition

Kalau vibe “urban camp” tu boleh hidup depan mata, inilah dia moment yang korang tak patut lepaskan. Tenaga Urban Camp Dihidupkan di DUDUK PLAYGROUND JB Edition bila CAMP LALALA bawa satu pengalaman yang penuh warna, santai tapi tetap stylish. 

Gabungan suasana perkhemahan dengan sentuhan urban moden yang buat setiap sudut terasa hidup dengan muzik, makanan dan crowd yang on point.

Hujung minggu dah mula rasa bosan dengan rutin yang sama? Mungkin ini masa untuk “check out” sekejap dari kesibukan dan layan dunia yang lebih chill. 

Bayangkan suasana petang yang redup, diikuti malam yang diterangi lampu-lampu aesthetic, muzik akustik yang soothing dan DJ beats yang santai, memang ngam untuk reset mood. 

DUDUK PLAYGROUND Edisi JB SELAMAT DATANG KE KEM LALALA kini kembali dengan edisi Johor Bahru, dan kali ini mereka tampil dengan tema CAMP LALALA yang memang lain daripada yang lain. 

Bertempat di Spring Labs @ Eco Spring, Johor Bahru pada 23 hingga 24 Mei 2026, dari jam 4 petang hingga 11 malam, event ini bukan sekadar tempat lepak biasa. Ini adalah ruang untuk korang cipta memori bersama kawan-kawan dan family.

Apa yang buat event ni menarik, semuanya tentang experience. Dari DUDUK Makanan yang penuh dengan pilihan comfort food dan crowd favourites, sampai ke DUDUK Mobile & Zon Foto aesthetic yang memang ngam untuk korang yang suka snap content cantik. Duduk, pose dan terus dapat gambar on point.

Kalau nak cari tempat untuk relax, Twilight Zone memang port terbaik dengan vibe yang lebih tenang, sesuai untuk wind down sambil menikmati suasana malam. 

Tapi untuk yang lebih aktif, Camp Games dan Ruang Kraf tersedia untuk unleash sisi kreatif sambil enjoy aktiviti santai yang fun.

Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk sertai DUDUK Dare. Berani cuba, pasti seronok! 

Masuk pula ke DUDUK Hour, waktu terbaik untuk berkumpul, main dan gelak bersama.

Bila malam makin hidup, DUDUK Jams ambil alih dengan gabungan muzik akustik dan DJ yang chill. Memang perfect combo untuk lepak lama.

Tak cukup dengan itu, ada juga elemen surprise seperti Kotak Misteri DUDUK Buddies yang penuh dengan plushie comel, serta DUDUK Fashion untuk korang tampil dengan gaya santai tapi tetap on point sepanjang event. Kalau korang nak cari baju jenama tempatan ini lah tempatnya!

Jangan tak tahu, korang boleh kumpul cop melalui DUDUK Kad Pengalaman dan jangan lupa tebus hadiah istimewa*. Siapa cepat, dia dapat. Sementara stok masih ada. 

Bagi yang tak nak ketinggalan, korang boleh daftar awal dan berpeluang dapat Merch Eksklusif* secara percuma. Tapi kena cepat, sebab kuantiti memang terhad setiap hari!

Secara keseluruhan, DUDUK PLAYGROUND Edisi JB SELAMAT DATANG KE KEM LALALA bukan sekadar event, tapi satu pengalaman urban camp yang hidup dengan muzik, makanan dan vibe santai dalam satu tempat.

Sama ada korang datang untuk chill, cari content atau spend time dengan orang tersayang, ini memang spot wajib masuk dalam plan hujung minggu korang.

Kalau rasa nak join vibe ni, jangan tunggu last minute. Daftar awal dan bersedia untuk immerse dalam pengalaman CAMP LALALA yang memang lain daripada yang lain. 

Daftar dekat SINI ni dan klik link ni untuk info lebih lanjut. Jangan lupa untuk layari laman rasmi Facebook, Instagram dan Tiktok untuk maklumat lanjut.

Tertakluk pada terma dan syarat*

*Atur cara acara adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

#DUDUKPLAYGROUND2026 #dudukbyEcoWorld #dudukatEcoSpring


Scroll to Top