[VIDEO] Berserah Soal Jodoh, Datuk Red Dedah Ada Lelaki Berkemampuan Dekati Adira Suhaimi – “Saya Mati Keras Sendiri Pun Tak Apa”

[VIDEO] Berserah Soal Jodoh, Datuk Red Dedah Ada Lelaki Berkemampuan Dekati Adira Suhaimi – “Saya Mati Keras Sendiri Pun Tak Apa”

Usahawan, Datuk Red mengakui reda dan berserah terhadap jodohnya bersama bekas isteri, penyanyi Adira Suhaimi.

Menerusi sebuah video siaran langsung tular di TikTok, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu mendedahkan individu tersebut sedang menanti masa yang sesuai untuk memikat Adira.

“Saya dapat laporan ada seorang lelaki yang betul-betul minat dengan Adira. Dia tengah tunggu masa yang sesuai untuk ‘masuk jarum’

“Tak apa lah, kalau tak ada jodoh saya. Lelaki itu berkemampuan, saya tidak. Saya tak boleh tahan, Adira tu manusia. Kalau ada jodoh tu, ada lah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Datuk Red tidak akan berputus asa dan berusaha sehabis baik untuk mencari rezeki bagi menstabilkan kehidupannya sebelum kembali bergelar suami.

“Selagi tak ada tu tak apa, saya duduk sampai akhir hayat saya pun tak kisah. Saya tidur seorang diri, mati keras sendiri pun tak apa. Jadi, saya tak susahkan isteri saya dan anak-anak,” katanya.

@ayuuariffin84

Ada someone masuk jarum minat dekat Adira-Tok red #fyp #abgred #datored #adirasuhaimi #adira #artist

♬ original sound – Ayuu84 – Ayuu84

Sekadar info, Adira dan Datuk Red berkahwin pada berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, namun sah bercerai pada 24 April 2024.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 8, Asan, 7, Anggun, 6, dan Ayob yang kini berusia tiga tahun.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Datuk Red Menangis, Sebak Cium Cincin Adira Suhaimi – “Kalau Jadi Apa-Apa Pada Dia, Saya Bapa Tak Guna”

Artikel Berkaitan: “Hanya Datuk Red Di Hati Saya” – Adira Suhaimi Tegaskan Datuk H Tak Wujud!

Scroll to Top