Pempengaruh media sosial terkenal, Siti Jamumall sekali lagi berdepan ujian rumah tangga apabila diceraikan oleh suaminya, Aiman, dengan lafaz talak dua ketika sedang membuat siaran langsung di platform TikTok.
Dalam video yang kini tular, Siti yang sedang hamil lima bulan dilihat menggeletar dan menangis teresak-esak sejurus lafaz cerai untuk kali kedua itu dilontarkan oleh suaminya dalam keadaan emosi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen yang menyaksikan siaran langsung pada jam dua tengah malam tadi mendakwa punca perceraian itu berlaku selepas mereka saling bergaduh.
Malah, beberapa video pergaduhan mereka ketika sesi siaran tersebut berlangsung memaparkan kejadian ketika mereka saling bertikam lidah dipercayai berlaku sebelum Aiman melafazkan cerai.
@candyta_shop6 Siti jamumall bergaduh Semoga siti jamumall tabah 🥹🥹 #fyp
Siti mendakwa Aiman sering memperlakukan rumah mereka seperti hotel apabila kerap keluar masuk sesuka hati, sukar dihubungi serta dituduh mengambil bahan terlarang dan disyaki berlaku curang apabila kerap pulang lewat malam.
@candyta_shop6 Replying to @nadhsmdn🌹 allahu 🥹🥹 #fyp #sitijamumall
Pada Jumaat lalu, Siti memaklumkan dia dan suami, Khairul Aiman Abdul Kudus atau lebih dikenali sebagai Aiman Tak Kesah pernah berpisah seketika sebelum kembali rujuk pada hari yang sama.
Artikel Berkaitan: “Ya, Kami Bercerai & Rujuk Semula Dalam Hari Sama” – Siti Jamumall
Untuk rekod, Siti pernah berkahwin dengan Mohammad Syafiq pada 2019 sebelum berpisah tiga tahun kemudian.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 5 tahun dan Putra Aiman Zafran 3 tahun.
Pada Jun tahun lalu, Siti sekali lagi melangkah ke alam perkahwinan bersama lelaki dikenali sebagai Aiman Tak Kisah dalam sebuah majlis yang berlangsung di Satun, Thailand.




