Pempengaruh media sosial popular, Cik B, tampil memberikan penjelasan selepas dirinya menjadi bualan hangat susulan dakwaan terlibat dalam sebuah parti di kelab malam.
Isu ini tercetus apabila sebuah video tular di platform TikTok memaparkan Cik B berhibur dalam suasana yang kelihatan seperti pusat hiburan lengkap dengan pencahayaan berwarna-warni serta kehadiran deejay (DJ).
Namun, menerusi ruangan komen di video tersebut, anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) itu menjelaskan acara tersebut sebenarnya berlangsung di sebuah rumah, bukannya kelab malam seperti yang disangka.
Cik B turut menegaskan tiada sebarang minuman beralkohol disediakan sepanjang majlis berlangsung.
“Just want to clear things up, this was a house. We had lights, local artis performances, DJ, and a big crowd. It’s not a club, and there was no alcohol involved,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Cik B agar lebih berhati-hati dalam memilih rakan agar tidak mudah terjebak dengan perkara yang boleh membawa kemudaratan..
Walaupun Cik B menafikan berhibur di kelab malam, masih ada segelintir netizen yang menganggap suasana majlis tersebut tetap tidak wajar kerana melibatkan pergaulan bebas.
@cikb_havoc Ain’t no party like Cikb party #birthday #projectx #houseparty #malaysia #birthdaycikb




